Sekolah Menengah Punggol

- Esei 2004

Home
Kalendar 2006
Karya Pelajar
- Esei 2004
Tenaga Pendidik
Links
Kenangan Manis

 

CEMAS!

 

 

            Cemas! Itulah yang bermain di sukmaku yang bergelora. Debaran semakin memuncak apabila ketua kami memberitahu bahawa kami akan sampai di tempat kejadian yang dahsyat itu.

            “Punggol?! Apa yang mungkin berlaku di sini?” aku berbisik sendirian.

            Aku ternampak asap berkelompok di langit yang begitu cerah sekali. Kakiku mula menjadi lemah sesudah aku tiba di Sekolah Menengah Punggol. Api memakan bangunan yang bertingkat empat itu. Ahli-ahli bomba sedang sibuk melakukan tugas mereka.

            “Cepat ke sini!” ketuaku mengarahku.

            Aku tahu apa tujuanku ke sini, tetapi aku berasa seperti hendak beredar dari situ. Bangunan sekolah yang hampir musnah membuat diriku takut kerana pasti ramai yang terkorban.Kelihatan lembaga-lembaga manusia terbujur kaku di atas rumput. Ada yang ditutup dengan kain dan yang lain pula tercedera dan dirawat oleh paramedik.  Askar-askar dan polis sedang menjaga tempat kejadian itu supaya orang luar tidak masuk ke tempat itu,

            Ketuaku sedang bercakap dengan seorang komando askar, Aku diberikan tugas untuk menolong orang-orang yang tercedera. Ia adalah tugas yang paling mudah sebagai seorang penyelamat. Mungkin aku diberikan tugas itu kerana aku seorang wanita, dan wanita selalunya dianggap lemah.

            “Ahh..Lelaki!” bentak hatiku.

            Kemarahanku tidak lama, apabila aku sedar bahawa lebih ramai yang terkorban daripada yang aku jangkakan. Yang tercedera pula bukan cedera biasa tetapi kebanyakkannya teruk. Entah mengapa tiba-tiba aku pergi menanyakan ketuaku, walaupun aku tahu dia tidak akan menjawab. Aku tidak tahu bagaimana aku memungut tenaga untuk menanyakannya lagi dengan menggoncang-goncangkan tubuhnya yang tegap dan besar itu. Akhirnya dia mengalah.

            “Dua bom telah meletup dan kami mengesyaki bahawa ini dirancang oleh pengganas,” kata ketuaku itu.

            Perasaan marah mula menjalariku. Aku tidak terfikir bahwa sesuatu begini akan berlaku. Buat pertama kali, aku sedar bahawa ada manusia yang begitu kejam di dunia. Aku juga sedar bahawa nyawa itu adalah sesuatu yang rapuh.

            Suasana semakin kelam, menandakan malam hampir menjelma dan pada masa tempat kejadian yang huru-hara tadi menjadi sunyi dan sepi…  

 Nurul Nadiah Bte Abu Bakar (2/D)

 

 

 

Memori

 

      Segala-galanya terpulang pada dirimu, Azlan. Ayah hanya mampu mendoakan kejayaanmu”, kata ayah kepadaku sebelum aku melangkah keluar dari rumah. Kata-kata itu mengingatkan aku 4 tahun yang lalu apabila aku bertengkar dengan ayahku.

 

     Aku amat menyesal kerana tidak mendengar nasihat ayahku dahulu. Sekarang ini aku terlantar di hospital kerana menghidap penyakit HIV. Aku menghidap penyakit ini semuanya kerana tidak mendengar kata-kata ayahku. Empat tahun dahulu,aku telah berkahwin dengan seorang wanita yang bernama Lin. Dia bekerja sebagai pelayan di sebuah Kelab Malam. Walaupun dia bekerja di situ, dia menunjukkan tutur bahasa dan perangai yang baik. Aku jatuh cinta padanya apabila kami berjumpa di sebuah pusat membeli-belah. Sejak itu kami menjadi rapat. Setelah setahun berkawan, kami merancang untuk berkahwin. Pada mulanya, ayahku tidak membenarkan kerana latar belakang dan pekerjaan Lin yang kurang baik.

 

      Aku memujuk ayahku dengan memberitahunya bahawa Lin adalah seorang yang baik walaupun dia bekerja sebagai pelayan di sebuah Kelab Malam. Ayahku tetap berkeras hati. Aku telah membuat keputusan untuk berkahwin dengan Lin walaupun ayahku menghalang. Perkahwinanku tidak direstui oleh ayahku. Pada tahun yang pertama kami berkahwin, kami amat bahagia tetapi setelah 3 tahun, Lin disahkan menghidap penyakit HIV positif dan telah meninggal dunia selepas 6 bulan.

 

      Aku amat kesal. Sekarang ini sudah 4 tahun aku tidak pulang ke rumah untuk menjenguk ayahku. Aku amat berdosa. Aku ingin pulang dan ingin meminta ampun dari hujung rambut hingga ke hujung kaki sebelum terlambat. Aku hanya dapat hidup untuk 1 bulan sahaja, tetapi dengan keadaan aku begini, bagaimana?Oh Tuhan, tolonglah hambamu ini.

       Azlan pun menutup diarinya dan terus baring di katil sambil memikir tentang masalah yang melanda dirinya.

  

   Nur Syazwani (3/2)

 

 

 

Pengaruh Rakan dalam Pergaulan Remaja

 

            Ibu bapa memainkan peranan yang penting membawa seseorang anak ke pangkal jalan yang betul . Selain ibu bapa, rakan-rakan di sekolah juga memainkan peranan yang penting. Seseorang itu harus bersikap positif, jika itu kawan yang merapatinya mendapat pengaruh yang baik.

 

        Banyak pengaruh yang buruk datangnya dari yang tidak baik, seperti merokok, ramai remaja telah pergi ke langkah yang salah. Bagi mereka merokok tidak bersalah. Ia bagaikan hobi untuk mereka memenuhi masa lapang mereka. Jika mereka memulakan merokok yang disalahkan undang-undang apatah lagi mengeluarkan kasar bahasa dari mulut mereka. Ini telah digunakan oleh satu pihak.  Masalah keluarga harus diselesaikan dengan segera.

 

Rakan yang baik mempengaruhi perwatakan yang baik. Dari segi lembut berbicara, seseorang yang lembut dapat berkomunikasi dengan sopan. Mereka jarang menggunakan bahasa kesat. Mereka yang alim, yang rajin adalah terbaik untuk mempunyai kawan. Kawan yang budi bahasa, dengar tutur kata orang tua adalah pengaruh yang baik.

 

Pergaduhan di antara kumpulan sekarang makin meningkat. Susah hendak mengurangkan kes-kes sebegini. Untuk mengatasi masalah ini, ibu bapa dan rakan memainkan peranan yang penting.

 

Seseorang itu harus memilih kawan yang sempurna. Ibu bapa juga harus menjaga anaknya dengan betul supaya tidak pergi jalan yang salah. Pada pendapat saya, pergaulan remaja ini tiada faedahnya, lebih duduk di rumah daripada melepak.

   Nazurah Rahmat (3/2)