Api
Hidup ini bagaikan api
Ada yang hidup ada juga yang mati
Hidup di bumi bagaikan lilin ini
Akibat perang, ramai yang mati
Hidup ini bagaikan api
Seperti saya yang ada di sini
Kerana api bumi menjadi begini
Api kemarahan, api kebencian
Menakluki setiap hati
Hidup ini bagaikan api
Tiada api aman sentosa dunia ini
Bagaimana api boleh menakluki hati?
Kerana dendam dan sentiasa benci
Hidup ini bagaikan api
Kerana api dunia jadi begini
Dimanakah cinta dan kasih sayang terhadap bumi?
Hendak tahu dimana
Tanyalah diri sendiri.
Oleh: Qayyum