Sekolah Menengah Punggol

Home
Kalendar 2006
Karya Pelajar
- Esei 2004
Tenaga Pendidik
Links
Kenangan Manis

logo.jpg

Selamat datang ke  lelaman Melayu Punggol, sebuah lelaman Jabatan Bahasa Melayu Sekolah Menengah Punggol. Dengan terciptanya lelaman ini, diharap dapat meningkatkan lagi mutu bahasa Melayu yang lebih tinggi. Di lelaman ini disediakan pelbagai wacana dan wadah untuk para pelajar.

 

Para pelajar diharapkan agar dapat memberikan sumbangan mereka dalam bentuk penulisan cerpen, sajak, lirik, pantun dan lain-lain lagi.  Mereka boleh menghantar sumbangan mereka menerusi emel kepada salah seorang guru di bahagianTenaga Pendidik. Semoga lelaman ini akan memanfaatkan kita semua dan dengan harapan bahasa Melayu akan terus mekar ke seantero dunia.

 

 

MISI DAN VISI JABATAN BAHASA IBUNDA SEKOLAH MENENGAH:

MISI JABATAN

 

Untuk membangkitkan semangat dan minat para pelajar dalam bahasa dan budaya mereka.

 

VISI JABATAN

 

Para pelajar akan menjadi individu yang lurus dan bertanggungjawab, menghormati asal-usul budaya mereka dan mempunyai kemahiran untuk bertutur, membaca dan menulis bahasa ibunda mereka dengan yakin.

MATLAMAT JABATAN 

 

  1. Untuk menyemai rasa cinta kepada Bahasa Melayu dalam diri murid

  1. Untuk mengajar kemahiran bahasa, pemikiran dan penggunaan teknologi maklumat kepada murid

  1. Untuk mewujudkan budaya berfikir dan belajar sepanjang hayat dalam jabatan